Tuesday, January 23, 2007

TmNut Vs JaLing








Semua nak broadband. Hidup zaman skang kalo takde broadband memang tak syok arr macam makan nasi tak berlauk. Kat Malaysia ni, TmNet dan Jaring antara pembekal broadband utama. TmNet liputannya hampir ke seluruh Malaysia tapi Jaring lebih tertumpu di sekitar Selangor dan KL. Kedua-dua syarikat ni merupakan syarikat berkaitan kerajaan dan mendapat banyak keistimewaan terutama daripada segi hak dan pemonopolian perkhidmatan.

Besar Kepala

Memandangkan mendapat perlindungan dan mempunyai infrastruktur yang meluas, TmNet (akan disebut TmNut) semakin berlagak, bongkak, dan besar kepala. Kalo tengok mana-mana forum seperti Low Yat memang banyak sangat komplen pasal service TmNet tapi sebanyak mana komplen yang dibuat, tapi diaorang buat deerrkkkk je dan balik-balik bagi xcuse bodoh seperti talian tidak sempurna, rumah jauh dari ibu sawat, komputer tak ikut spec, dan beberapa lagi excuse oleh operator yang mengikut membuta tuli manual yang TmNut bagi. Masalahnye, kalau dah rumah tu jauh watper ko bagi service on the first place kan? FYI, broadband hanya boleh dibekalkan jika rumah pengguna berada dalam lingkungan 5km panjang kabel dari ibu sawat disebabkan penggunaan wayar kuprum yang akan mengalami pelemahan. Itulah sebabnya term 'best efford' wujud. Tapi daripada pengalaman sendiri, TmNut ni die bantai sampai 7km sebab nak kaut untung.
Jaring bernasib baik sebab dia under kerajaan juga, so dia boleh pinjam infrastruktur daripada Tm untuk bekalkan service broadband. Aku sebagai pengguna Jaring, amat puas hati dengan perkhidmatan mereka. Memang jarang ada masalah tapi after gempa bumi yang merosakan banyak kabel dasar laut kat Taiwan tu, diaorang dah mula block p2p dan torrent aplikasi yang sekali gus aku panas hati.

Email ke CEO Jaring

So semalam aku cuba hantar email kat CEO Jaring, Mohamed B. Awang Lah yang rajin buat blog kat laman web Jaring . Ni antara isi kandungan email aku pada die:

Assalammualaikum
Sampai bila JARING akan mengehadkan P2P dan torrent application?Adakah
Jaring akan terus menyekat penggunaan kedua-dua aplikasi ini yang selama
ini menjadi tujuan utama mengapa kami sebagai pelanggan menggunakan
perkhidmatan Jaring? Kami berharap agar Jaring tidak akan mengehad
penggunaan kedua-dua aplikasi ini. Jika alasan traffik sesak ( walaupun
selepas baik pulih kabel dijalankan) tidak boleh diterima sama sekali dan
menjadi tanggungjawab Jaring melakukan naik taraf bagi menyelesaikan
masalah remeh seperti itu. Kami bayar bukan menggunakan kertas atau pasir
pantai tapi dengan WANG, jadi diharap kami dapat menggunakan slogan
UNLIMITED USAGE dengan semaksimum mungkin.

Respon tuan amat kami hargai
Sekian

Ini balasan CEO tu

Waalaikum-mussalam.

Sekira saudara inginkan betul-betul kelajuan 1 Mbps dari rumah sehingga
Amerika Syarikat untuk P2P tanpa gangguan, bayaran bulanannya ialah lebih
kurang RM2,000. Ini akan membolehkan saudara menggunakan Internet tanpa
sebarang kekangan lain.

Saya harap saudara faham bahawa kos Internet boleh diturunkan hanya dengan
menggunakan kaedah berkongsi. Dalam perkongsian, kita memerlukan semangat
give-and-take. Sekiranya, hanya seorang sahaja membolot, 20 orang lain akan
merana.

Terima kasih atas pandangan saudara.

---mal

Then, aku reply balik

Thanks for the respon but adakah ini bermakna Jaring akan terus block p2p?
jika sebelum masalah kabel ini berlaku, everything seem fine...

and his response

JARING tak pernah blok P2P. Tetapi JARING perlu mengambil tindakan
sewajarnya supaya P2P tidak membolot semua kapasiti.


Then aku reply lagi and this time die tak balas....(die malaslah tu )

Just my humble opinion, Jaring boleh mengehad tapi tidak BLOCK p2p. Using internet without torrent/p2p is useless.I mean i can use lower speed access just for surfing instead using 1mb package just to check email. Diharap Jaring akan telus dalam hal ini dan diharap tuan dapat menjelaskan kepada kami apakah TINDAKAN Jaring bagi mengelakkan bandwidth dibolot oleh p2p application. Tuan boleh menjelaskan kepada kami dalam edisi CEO'S NOTEBOOK yg akan datang. Jangan biarkan kami tertanya-tanya dan ternanti-nanti.Hope u can give us the answer..i mean the real answer...not by just saying that ur not blocking p2p but when we use it, we can't connected with international peer.Saham Jaring tgh naik di mata pelanggan Streamyx sebab Streamyx dah block p2p...so...do something just my 2 sen.. Thanks

Cuba korang perati reason die. Tak ke pelik. Kata Jaring tak block P2P tapi why bile kita nak pakai langsung tak boleh connect dengan international peer especially dari US. Bukanke cam hampeh je alasan die tu kan...ok kalau die kata kita kene berkongsi dalam internet, tapi masalahnye aku bayar service die i should get the service to the max. Honestly, memang takde masalah nak surf selama ni dan aku pelik nape die kata pakai p2p akan buat bandwidth congestion dan menyusahkan pengguna lain. Lainla kalau aku sendiri yang download torrent, memang aku ada masalah nak surf tapi itu sebab my own cause, bukan sebab jiran aku yang download torrent.

Kenapa aku benci??

Aku benci sebab aku bayar RM79 setiap bulan tapi aku tak dapat apa yang aku nak. Ingat siket ke dan obvioussly aku bayar guna duit, bukan daun kering atau batu kerikil. Pengguna kat Malaysia ni mangsa kepada kes monopoli, tiada persaingan , diaorang naik minyak, berlagak, telinga makin pekak, mata semakin buta, dan perut mereka makin buncit sebab malas nak dengar complaint pengguna sebab apalah sangat customer boleh buat kan..rasuah jangan ceritala..antara sebab perut buncit jugak....

Kerajaan patut do something....galakkan lebih banyak provider untuk broadband tapi kalo kerajaan sayang sangat kompeni ni, pastikan mereka tingkatkan prestasi dan kualiti. Kalo macam ni lah kan..Malaysia nak jadik negara maju 2020?? hahahaha.....kelakar kelakar kelakar..ya amat!!!!!!






Apa Itu Benci?

Inisiatif mengarang blog BENCI ni kerana banyak sangat bende yg  membencikan dlm dunia ni. 
Ade je yang tak puas hati, ade je tak hasad dengki, dan masih bernyawa lagi insan-insan yang busuk hati mereka. Kalau nak ikut tafsiran Kamus Dewan, benci diberi takrif 

"tidak suka: ada orang yg ~ melihat kita aman damai dlm rumah tangga"  

Walaupun ditekankan kepada rumah tangga, namun tak semestinya benci tu ada dalam rumah yang bertangga sahaje. Apa-apa yang kita tak suke, kita akan benci, dan seterusnya membawa kepada menyampah dan meluat, hingga yang paling ekstrim bertumbuk dan membunuh. Adalah lebih afdal dan mudah menyalurkan segala kebencian itu kepada saluran ceria anda @ saluran yang betul seperti menaip sambil hentak-hentak keyboard, tendang-tendang dinding, atau ape-ape aje yang tidak membahayakan orang lain.

Tapi apa benci yang paling bahaya??
Tak lain tak bukan...benci kepada diri sendiri.....


** Aku dedikasikan blog ni pada sahabat aku bernama PATEM yang berjaya menghasut aku buat blog ni..
Muahahaha  (trademark die)