Inisiatif mengarang blog BENCI ni kerana banyak sangat bende yg membencikan dlm dunia ni.
Ade je yang tak puas hati, ade je tak hasad dengki, dan masih bernyawa lagi insan-insan yang busuk hati mereka. Kalau nak ikut tafsiran Kamus Dewan, benci diberi takrif
"tidak suka: ada orang yg ~ melihat kita aman damai dlm rumah tangga"
Walaupun ditekankan kepada rumah tangga, namun tak semestinya benci tu ada dalam rumah yang bertangga sahaje. Apa-apa yang kita tak suke, kita akan benci, dan seterusnya membawa kepada menyampah dan meluat, hingga yang paling ekstrim bertumbuk dan membunuh. Adalah lebih afdal dan mudah menyalurkan segala kebencian itu kepada saluran ceria anda @ saluran yang betul seperti menaip sambil hentak-hentak keyboard, tendang-tendang dinding, atau ape-ape aje yang tidak membahayakan orang lain.
Tapi apa benci yang paling bahaya??
Tak lain tak bukan...benci kepada diri sendiri.....
** Aku dedikasikan blog ni pada sahabat aku bernama PATEM yang berjaya menghasut aku buat blog ni..
Muahahaha (trademark die)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment